Pre mix ini dari Arteffect International
penyanyinya Fahrin Ahmad
Siapa ingin membawa
Aku terbang ke sana
Ke langit tinggi
Ke awan cinta
Siapa ingin membawa
Aku layar bersama
Ke laut dalam
Ke dasar -- mu sayang
Masihkah ada jalan bahagia
Simpati belas..
sedikit synopsis cerita
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
14/02/2013 10:42:00 Kuala Lumpur, 7 Februari 2013 – Pasrah dengan dugaan yang datang menguji, dia memulakan lembaran baru dalam kehidupannya sebagai seorang perantau yang mencari ketenangan hidup di bumi asing. Walaupun hakikatnya dia difitnah, namun dia tidak mampu membela dirinya dan hanya membiarkan hukuman dijatuhkan ke atas dirinya.Menyusuli ‘Setia Hujung Nyawa’, slot drama TV3, AKASIA bakal mempersembahkan sebuah karya hebat terbitan Zeel Production menerusi drama rantaian ‘Rindu Bertamu Di Abu Dhabi’ bermula 11 Februari 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 petang.
Drama bersiri 28 episod yang diarahkan oleh Mazri Mustafa, nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fahrin Ahmad (Firdaus), Dato’ Rahim Razali (Haji Ilham), Tasha Shila (Ain Farohah), Fouziah Gous (Fatin), Shahrizal Jaszle (Faiz), Aiman Hakim Ridza (Fareez), Lidyawati (Hajah Kirana), Syatila Melvin (Fifi), Kismah Johar (Mak Piah), Elyssa Murni (Mira), Abdul Rahman Suud (Qaleef) dan ramai lagi.
Menjadikan kota Abu Dhabi sebagai lokasi penggambarannya, drama bersiri ini mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin Ahmad) yang telah membawa diri ke bumi asing di Abu Dhabi akibat sebuah fitnah ke atasnya. Kejadian tersebut bukan sahaja menghancurkan kepercayaan Haji Ilham terhadap anaknya, Firdaus malah juga memisahkan dua hati yang bakal disatukan. Firdaus terpaksa memutuskan talian pertunangan dengan Fatin (Fouziah Gous) dan meninggalkan keluarganya.
Kini, Firdaus mempunyai sebuah kerjaya yang boleh dibanggakan di kota Abu Dhabi sebagai seorang jurutera kanan. Selama 5 tahun, Firdaus hidup tenang di sisi isterinya, Ain Farohah (Tasha Shila) dan bakal menerima cahaya mata pertama tetapi hatinya sering terusik dengan kenangan silam. Ain pula menyimpan rahsia tentang kandungannya kerana tidak mahu mengecewakan Firdaus dan sanggup mengambil risiko untuk melahirkan anak mereka.
Penyatuan antara Firdaus dan Ain bermula dengan sebuah fitnah yang dirancangkan oleh Faiz (Shahrizal Jaszle) yang tidak pernah berpuas hati dengan abang angkatnya dimana Firdaus lebih disayangi oleh Haji Ilham (Dato’ Rahim Razali) dan Hajah Kirana (Lidyawati). Hakikatnya Firdaus hanyalah bayi terbiar yang dijumpai oleh Haji Ilham dan Hajah Kirana yang inginkan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Kebaikan dan kecerdikan Firdaus telah menjadi anak emas dan harapan kepada Haji Ilham sehinggalah kes khalwat yang telah memusnahkan segala-galanya.
Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz dimana mereka berdua telah ditangkap khalwat dengan keadaan tidak sedar diri dalam bilik. Lantaran itu, Haji Ilham telah menghalau Firdaus keluar dari rumahnya dan tidak membenarkan sesiapa pun mengungkit tentangnya. Ibu Ain pula meninggal dunia akibat tekanan kes khalwat itu. Ain telah hilang tempat bergantung manakala adiknya, Mira (Elyssa Murni) menyalahkannya atas segala yang berlaku. Firdaus berasa dia patut bertanggungjawab atas Ain. Oleh itu, Firdaus dengan berat hatinya memutuskan tali pertunangan dengan Fatin.
Firdaus telah menikahi Ain Farohah dalam keadaan yang amat sederhana. Semuanya diatur secara senyap-senyap oleh Hajah Kirana yang percaya dan yakin anaknya tidak bersalah. Acara pernikahan Firdaus dan Ain hanya disaksikan oleh Hajah Kirana dan adik bongsunya, Fareez (Aiman Hakim Ridza).
Walaupun sudah 5 tahun, nama Firdaus masih menjadi larangan dalam keluarga Haji Ilham. Hajah Kirana dan neneknya, Mak Piah (Kismah Johar) tidak dapat menahan rindu terhadap Firdaus. Mereka hanya menaruh harapan bahawa satu hari nanti hati Haji Ilham akan lembut dan menerima semula Firdaus.
Faiz pula berasa puas hati dengan keadaan sekarang kerana kehadiran Firdaus dalam keluarganya akan menggugat kedudukannya sebagai waris yang patut mengambil alih syarikat Haji Ilham. Bagi Faiz, Firdaus hanyalah anak pungut yang menumpang kasih sayang daripada ibu bapanya. Faiz yang hanya tahu berjoli dan menghabiskan duit bersama teman wanitanya, Fifi (Syatila Melvin) memulakan rancangannya untuk menguasai perniagaan Haji Ilham.
Apabila Mak Piah jatuh sakit dan keadaannya semakin tenat, Fareez telah bertolak ke Abu Dhabi untuk menjejaki abangnya bagi memenuhi hasrat neneknya yang mahu berjumpa dengan Firdaus sebelum meninggal dunia. Firdaus terkejut dengan kemunculan Fareez tetapi ego telah mengatasi segalanya dan Firdaus masih belum bersedia untuk pulang ke Malaysia.
Haji Ilham pula menetapkan syarat bahawa Faiz perlu berumah tangga dahulu sebelum syarikat itu diserahkan sepenuhnya kepada Faiz. Sementara ketiadaan Firdaus, Fatin merupakan orang yang amat dipercayai oleh Haji Ilham dalam urusan hal ehwal syarikat itu.
Apakah kebenaran akan terbongkar dan Firdaus diterima semula oleh Haji Ilham? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Firdaus, Ain dan Fatin? Saksikan drama bersiri baru, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam mulai 11 Februari 2013, semestinya di TV3!
Penonton yang terlepas menyaksikan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.